Monday, October 22, 2007
Monday, October 08, 2007
10 sikap wanita yang disukai lelaki...............
Sekadar renungan buat kita semua...
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap
keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih
sayang.
Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa
tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah
dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan
tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan
sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan
dalam diri masing2.
Kekanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan
seorang wanita menjadi daya tarikan di mata
lelaki.
Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg
melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap
keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya,
kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri
kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria
membuat lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa
dihargai dan diterima seadany! a. Sikap ini
tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah
dan ! sebagainya. Contohnya ketika lelaki
melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian
tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau
menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk
persoalannya.
Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman
lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan
dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus
ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari
wanita membuatlelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga
penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,
bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai
dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat
tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan
memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan
bersyukur dengan dirinya dan secara tidak
langsung memancarkan pesona yg menyebabkan
lelaki juga menyukainya. Apabila sudah
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan
walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka
isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau
dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi
dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan
yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran
wanita,wanita tersebut ! dapat mengimbanginya.
Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi
dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia
juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta
mengalihkan topik yg agak serius kepada
perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka
dengan wanita yg suka bergurau dan pandai
berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn
baik dan berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri
mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita
tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan
cara b! erhadapan dgn orang yg lebih muda.
Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita
tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan
diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak
kekok samada di bandar atau di! kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya
sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan
dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa
yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki
terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan
dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya.
Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan
tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan
dirinya sesuka hati.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil
berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan
kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg
wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia.
Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg
memancar keluar dgn indah dan mempesona....
Para Wanita...
CINTA & KAWAN
Wednesday, October 03, 2007
:: Aku & BuLan ::
Kau datang kembali
kembali ke sini
apa yang kau cuba ceritakan
katakan pabila kau
muncul kembali
kembali berdiri
aku tak mau di senda lagi
berdiri teguh aku malam itu
berpijar hati terus menanti mu
namun hanya langit dan bintang jadi temanku
sakit hatiku lihat kau bermesra
bersama dia yang kau tetap puja
impianku bulan malam kau tinggalkan aku seorang...
Cinta..........
Seterang bulan di taman mainan
Ku pasti kau jadikan sebuah khayalan
Dan kau pergi dari sini
Aku tak mahu kesana
Seindah bulan di taman khayalan
Ku pasti kau jadikan sebuah perhiasan
Dan kau pergi dari sini
Aku tak mahu ke sana
Oh cinta
Mengapa kau sering mengata diri
Mengapa kau sering membohongi diri
Ku tak mahu kau pergi ke sana ke mari
Oh cinta
Mengapa kau sering membohongi diri
Apakah aku yang sering tak mengerti
Ku tak mahu kau datang kembali...
Kembali ke sini...
SeOraNg PuTerI..........
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang- bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.
Akal sehalus rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman' .
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Perempuan sungguh mudah menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.
Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.
Tuesday, October 02, 2007
Hati Yg Berkeceramuk......
hari ni msk 3 hari aku berumur 20. rasa beban ku makin bertambah. knp aku lihat kwn2 aku yg sama umur ngan aku tak jd mcm aku. diorg takde pun nmpk mslh mcm aku ni. aku pun pelik. diorg perempuan gak. mak dah mula berkata2. termasuk org len yg kukenali. aku pun pening. aku tau aku perlu fkrkan masa dpn aku. rupa2nya mak aku tau mcm mana hati aku ni. biasa la mak kan. mesti la tau psl anak dia. mak aku pesan pjg sgt. smpi bila aku nak tutup pintu hati aku sedangkan ramai yg menunggu dan menyayangi aku. aku pun tak tau apa yg aku inginkan. smpi bila aku nak jd mcm ni pun aku tak tau. bukan aku tak mau terima slh sorg tp hati aku tidak dpt rasa syg untuk diorg. aku mmg rasa pening sgt nak wat pilihan. sumanya baik2. tp hati aku ni. klu aku tima slh sorg bleh ke aku beri ksh syg pd dia. dpt ke dia bahagia.ntah la.
Friday, September 28, 2007
Perasaan Ku.........
assalamualaikum........
Hari ni aku mcm biasa pg keje. Tp mlm smlm knp ye aku mcm ni. Apa sbnrnya yg aku mau. Aku tau dia sygkan aku. Terlalu sygkan ku. Tp entah mengapa aku tak dpt menerima dia dlm hidup ku. Dia tak penah putus asa. Patut ke aku abaikan perasaan ku untuk menjaga hatinya yg telah lama menunggu ku. Aku tau dia punya segala2nya dan aku tau dia sygkan aku terlalu sygkan ku. Tp aku tak bleh menerima dia. Aku tau dia dpt menerima setiap kekurangan ku. Tp ati ni msh belum terbuka untuk dirinya. Knp dia tak pernah putus asa memujuk ku sehingga aku merasa serba slh. Aku tau ini untuk masa dpn ku. Aku celaru aku bingung........... Adakah aku patut menerimanya atau menolak dirinya sj? Mampukah aku mencr insan lain yg dpt membuka hatiku dan dpt menerima ku seperti dirinya selepas aku menolak dia? Betul ke tindakan ku ini? Mampukah aku sendri selamanya? Mampukah aku menahan perasaan ku? Byk persoalan dlm diriku. Aku tak tau yg mana perlu ku pilih.
Andai mereka tau..........
Aizi...........Andai kau tau. Aku mau menyayangimu tp aku tak mampu membuka pintu hatiku untukmu. Andai aku mampu dah lama aku menerima kehadiran mu dlm hidup ku. Jgn la kau memaksa ku lg. Maafkan aku kerana tak dpt menerima kehadiranmu dlm hidupku. Maafkan aku kerana mengecewakan dirimu. Bukan niatku untuk menyakiti mu. Tp andai kau tau aku hrp kau mampu menerima keputusan ku. Jgn la kau menunggu diriku lagi. Cr la seorg perempuan yg dpt membahagiakan dirimu dan bukannya aku. Maafkan aku..........
Anip..........Andai kau memahami ku... Kau akan tau apa yg aku rasakan. Maafkan ku kerana hidup ku dah sememangnya mcm ni. Tak sgp aku tuk menyakiti ati sesiapa maupun mu..Aku cuma dpt memohon maaf kerana tak dpt menerima dirimu. Bkn niatku untuk menyakiti atau menegcewakan dirimu....
Azrul........Andai kau tau. Kau mmg baik. Aku juga tak dpt menerima dirimu lg. Dan aku mungkin dpt menerimamu 1 hari nnt. Tp aku tiada kepastian untuk diriku sendri. Aku takut dikecewa lg. Terlalu byk ketakutan dlm diriku. Aku tau aku pernah menyakiti hati mu dulu. Ketidakpaksaanmu membuat aku rasa tenang. Pengunduran dirimu dlm memahami masa2 yg ku perlu membuat ku rasa senang dgn mu. Tp maafkan aku andai 1 hari aku tak dpt memilih dirimu. Aku juga dpt memberi mu peluang untuk membuka pintu hati ku.....
Alan........Entah mengapa. Kau membuat hatiku tertawan. Tp ku tau kau dan aku tidak seperti yg aku fikirkan. Kau hny seorg kawan buat ku dan itu jg la yg kau maukan. Tp entah mengapa hati ku berkata yg kau jg menyayangi ku. Entah mengapa sikap mu sering terasa dgn kata2 tidak yg ku berikan.
Azman.....Masih ada ke syg dlm dirimu buat ku. Aku tau pengunduran diriku bukan yg kau maukan dulu. Tp dia lebih memerlukan dirimu dr ku. Aku tau kau tak dpt meninggalkan dirinya buat diriku. Dan disebabkan itu aku mengundur diriku wlupun aku amat menyayangi dirimu. Biar ia perit buat hati ku ini tp ia terbaik buat dirimu. Aku tak mampu melihat dirimu yg tak tenang memikirkan siapa yg ptt kau pilih. Jd keputusan ku ini aku lakukan disebabkan syg ku pdmu. Jg la ia dgn sebaik2nya..........
Aku hny berharap agar semua yg ku kenal ini dpt kebahagiaan wlupun aku tiada..........Ini yg aku rasa. Dan ini la perasaan ku. Maafkan aku..........
Monday, September 24, 2007
HidUp InI...............
Hidup ini.....Kadang kala indah dan kadang kala ia tak seperti yg di jangkakan. Indah bila disygi, dicintai, dihargai segala2nya......... Hidup ini perlukan seseorg dan tak dpt dinafikan aku juga perlu seseorg dlm hidup ku untuk menemani sepanjang hidup ini. Apa yg perlu aku lakukan. Entah siapa yg patut aku pilih. Aku tak mau terluka lg. Siapa yg dpt menerima ku dlm hidupnya. Entah siapa aku tak tau. Dan entah siapa yg dpt membuka hati ini. Aku sendiri tak tau apa yg aku maukan. Aku takut pada byg2 ku sendri. Takut untuk menghadapi apa yg akan terjd masa akan dtg. Semuanya aku tak tau. Aku rindukan kenangan indah ku bersama dia. Tp aku tau dia bukan milik ku lg. Tiada apa yg perlu aku kesalkan. Hati ini meronta minta disygi tp ku tolaknya jauh ke tepi kerana ku tau aku tak mampu tuk membahagiakan org len. Aku tak mau mengecewakan ati yg len maupun menyakiti ati insan len. Mungkin aku senang begini tp kadang kala ia juga menyeksakan. Aku juga insan biasa yg memerlukan segala2nya yg terbaik buat diriku sendri. Ini la hidup sbb kita takut ia merosakkan segalanya...........
Saturday, September 22, 2007
Hari-Hari Yg Ku Lalui.........
Dalam hidup kita ni sering ada kesilapan dan kebetulan........Entah kenapa hati ini sering di sakiti. Salah ke aku hadir dlm dunia ni. Aku tak tau apa yg perlu aku buat atau ada yg tak pernah puas.. Bila hati berbicara, menangis di malam hari aku tetap sendiri tanpa sesiapa yg memahami ku. Aku hidup dlm dunia ini bukan ntuk mengganggu kehidupan org lain maupun merosakkan. Ntah mcm mana lg yg harus aku lakukan untuk menjg hati seorg perempuan tetapi hati ku ntah tak siapa yg tau atau pun mau dijaga. Mungkin ini yg harus ku terima ntah sampai bila. Mau sj aku lari dr semuanya. Tp aku tak mampu. Aku buntu apa yang harus aku lakukan. Menjadi 1 kesalahan ke aku hidup dlm dunia ni dan berkwn dgn org..Aku bukan jenis perempuan yg tak tau malu. Aku masih punya hati seperti org lain. Tp tak siapa mau memahami dan menjg. Sebaliknya aku tetap terus begini disakiti sepjg perjalanan hidup aku. Aku cuma mau memohon ampun dr semua org yg merasa aku menyakitinya tetapi skit pun aku tak terniat untuk menyakiti hati sesiapa. Aku cuma mau hidup aman dlm dunia ni tanpa apa2 rasa lg. Mungkin tanpa kehadiran aku semuanya akan kembali seperti asal dan tidak akan ada sesiapa lg yg disakiti. Aku hny menunggu untuk pergi dr dunia ni sbb aku tau aku tak dpt membuat kerja gila tu lg. Mcm mana aku buat aku msh hidup smpi sekarang. Aku terima segala2nya dan berdoa semoga semua org di sekeliling ku bahagia dan gembira bila aku dah tiada lagi. Suatu hari nanti..............................
